Saturday 1 April 2017

Matematik Tahun 2: Penyelesaian Masalah Tolak

Murid membaca dan menganalisis masalah. Mampukah murid mengenal pasti operasi yang tepat bagi masalah ini? Bagaimana murid mengenal pastinya? Adakah kata kunci tertentu yang memandu murid dalam hal ini?



Penyelesaian masalah matematik berayat sesuai dilaksanakan dengan menjadikan model Polya (1957) sebagai dasar Terdapat empat langkah dalam model Polya (1957) iaitu 
  1. memahami masalah
  2. merancang strategi penyelesaian
  3. melaksanakan strategi penyelesaian
  4. menyemak semula penyelesaian
Boleh galakkan murid menggunakan strategi melukis gambar rajah yang dapat membantu murid menterjemah masalah dengan lebih baik, mengurangkan kesilapan dalam penentuan operasi serta mengurangkan kesilapan yang berpunca daripada cuai. Pengguna model bar sangat sesuai untuk penolakan.



No comments:

Post a Comment