Wednesday 12 December 2012

Miskonsepsi dalam Ukuran Panjang Tahun 1


Kesukaran:
 Membuat pengukuran objek menggunakan unit bukan piawai di kalangan murid  tahun 1.
Contoh soalan:
Ukur dan catatkan panjang pensel dengan menggunakan klip kertas sebagai unit bukan piawai. Murid diberikan sebatang pensel dan sepuluh klip kertas.



Kesalahan yang dilakukan:      
Murid tidak mengukur dari hujung ke hujung pensel dan tidak menyusun klip kertas secara berterusan (rapat) dalam satu garis lurus.

Pengukuran yang sepatutnya:


Langkah Penyelesaian:
1. Murid perlu ditegaskan bahawa pengukuran sesuatu objek mestilah dibuat dari hujung objek ke hujung yang satu lagi dengan tepat dan setiap alat pengukur bukan piawai yang digunakan mestilah disusun secara berterusan (rapat) dalam satu garis lurus.
2. Murid memerhati dan meneliti bagaimana guru membuat pengukuran objek di hadapan kelas.
3. Murid  dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan diberikan beberapa objek untuk diukur dengan menggunakan klip kertas. Setiap kumpulan mengukur dan mencatat nilai ukuran yang mereka dapat dalam lembaran kerja yang disediakan (Rujuk Lampiran 1). Guru menegaskan bahawa setiap ahli kumpulan mesti bekerjasama dan bergilir-gilir membuat pengukuran supaya tiada ahli yang terkecuali daripada membuat pengukuran.
4. Wakil dari setiap kumpulan akan melaporkan hasil pengukuran mereka dan perbandingan terhadap jawapan yang dibentangkan dibuat. Kumpulan yang tidak mendapat jawapan yang tepat dan diberikan bimbingan untuk membuat pengukuran sekali lagi dengan tepat.


LAMPIRAN 1
Ukur panjang objek-objek di bawah dengan menggunakan klip kertas dan catatkan bilangan klip kertas yang digunakan.

 



No comments:

Post a Comment